Banyak perbezaan pada ketiga-tiga jenis madu ini. Masing-masing ada manfaat dan kelebihannya yang tersendiri. Bergantung pada apa yang anda mahukan.
Sama macam buah-buahan. Antara buah oren dan pisang mana yang lebih baik? Kalau anda mahukan buah yang tinggi kandungan vitamin C, makanlah buah oren. Kalau anda mahukan kandungan kanji yang lebih tinggi makanlah pisang. Kita tidak boleh kata buah oren lebih baik dari pisang, buah tembikai lebih baik dari betik. Masing-masing ada manfaatnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan madu tualang, kelulut dan manuka. Masing-masing ada manfaat dan nilai nutrisinya yang tersendiri.
Cuma, madu ini adalah makanan sunnah yang banyak diterangkan kelebihannya di dalam Al Quran dan hadith Nabi. Kalau kita nak amalkan madu hanya sebagai SUPLEMEN TAMBAHAN sekadar untuk dapatkan nutrisi, maka semua jenis madu asalkan ianya asli adalah bermanfaat.
TETAPI, kalau anda nak amalkan madu untuk tujuan PERUBATAN, maka rujuklah apa yang digariskan di dalam Al Quran, Surah An Nahl ayat 68-69.
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. (Ayat 68)
Kemudian, makanlah daripada segala jenis buah-buahan lalu turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu.” Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai jenis warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. (Ayat 69).
Kami tidaklah bermaksud untuk menjual agama dengan memetik ayat-ayat Al Quran, tetapi jika anda katakan madu ini sebagai makanan sunnah, maka inilah faktanya!